Followers

Thursday 4 October 2012

Page 1 : Andai Ku Bercinta Lagi


                Aku yang terlena lantas terjaga sebaik saja mendengar announcement dari anak kapal. Kita akan mendarat sebentar lagi, sila pasangkan tali pinggang dan tegakkan tempat duduk. We will landing shortly…Fikiranku tiba-tiba melayang sebaik saja teringat yang aku akan sampai di Malaysia sebentar lagi. Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana dapat melihat keindahan bumi ciptaanMu. Pemergianku ke Australia selama tiga bulan itu adalah kerana tugas yang diamanahkan padaku. Sambil menyelam minum air bak kata orang. Rugi rasanya kalau tak ambil peluang yang ada untuk melawat tempat orang.

                SMS yang kuterima dari Mastura dua hari yang lepas amat menggembirakan ku. Dia baru saja melahirkan anaknya yang keempat, seorang bayi lelaki. Cukuplah dua pasang anak Mastura, dua perempuan dan dua lelaki. Pantasnya masa berlalu. Tanpa disedari, telah tujuh tahun Mastura melayari rumah tangganya bersama Aliff.
                                              
                Aku memohon maaf kerana tidak dapat melawatnya ketika dia melahirkan. Insya-Allah aku akan melawatnya sekembalinya aku ke Malaysia. Dialah sahabat baikku sejak zaman persekolahan hingga kini. Aku akui, aku tidak mempunyai ramai sahabat. Bukan senang nak jumpa sahabat yang betul-betul rasi dengan kita.

                Berkelip-kelip cahaya lampu menerangi KLIA tatkala tayar mencecah landasan. Cantiknya suasana airport di waktu malam. Kapal bergerak perlahan-lahan menuju ke terminal. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke Malaysia. Perjalanan selama 8 jam 50 minit itu agak memenatkanku. Tapi tak lawan flight ke London, 14 jam. Habis rasa kematu punggungku.

                Sebaik saja sampai di Terminal Satelit KLIA, aku menaiki Aero Train untuk menuju ke Terminal Utama. Kebanyakan pesawat dari oversea akan parking di Terminal Satelit. Oleh itu penumpang perlu menaiki Aero Train untuk ke Terminal Utama. Aku baru saja menghidupkan telefon bimbitku. Bertubi-tubi SMS menerjah masuk.

                Dah sampai ke orang Aussy? Baby dah tak sabar nak jumpa Aunty ni...

Ahh..Ada-ada saja Mastura.

                Aku baru sampai ni, sorry lambat sikit tadi. Biasalah flight delay. Tak sabar jugak nak jumpa baby baru. Mesti bau wangi kan, tak macam Mama dia...

MESSAGE SEND!

No comments:

Post a Comment