Followers

Thursday 4 October 2012

Page 2 : Andai Ku Bercinta Lagi


Bosan menunggu luggage, aku reply SMS-SMS yang masuk tadi. Selesai mengambil luggage, aku segera bergerak ke Arrival Hall. Kelihatan beberapa orang yang sedang menunggu penumpang dengan kertas di tangan. Tiba-tiba mataku terpaku melihat seorang lelaki dengan sejambak bunga di tangan. Beruntungnya gerangan si penerima bunga itu. Sedang aku asyik memerhati lelaki itu, seorang wanita menghampirinya. Lelaki itu lantas memberi wanita itu sejambak bunga padanya. Lepas itu mereka saling berpelukan. Akibat terlalu asyik memerhati, bukkkk.....Aku telah terlanggar bahu seseorang. Aku tidak nampak lagi siapa gerangannya kerana dia agak tinggi dan dia memakai topi di kepalanya. Sepantas kilat dia menoleh.
Aku terpaku seketika. Kacaknya lelaki itu, berkulit cerah dan mukanya kelihatan sangat tenang. Aku segera jadi malu.
                ”I’m sorry sir.” Kataku sambil mengutip jaketnya yang terjatuh sebentar tadi dan kuserahkan padanya.
                ”It’s ok. I’m also on the phone. I though only in UK we can see this, but luckily I see it Malaysia too.” Katanya sambil meletakkan telefonnya.
            ”I’m sorry again and excuse me sir.”Aku segera meminta maaf dan meminta diri. Baik aku beredar sebelum aku lebih malu. Nampak sangat aku ralit melihat adegan tadi sampai tak sengaja terlanggar orang. Aku ingin cepat-cepat pergi dari situ dan mahu melupakan apa yang aku lihat sebentar tadi. Alangkah bahagianya jika orang yang kita sayang menanti kepulangan kita bersama sejambak bunga. Arghh, apa yang aku merepek lagi ni? Suruh berangan nombor satu kau ya...Kutuk hatiku.

                Aku menolak troli ke dalam lift dan segera menekan anak panah ke bawah untuk ke ERL. Walaupun jarak rumah ku dengan airport tidak jauh, aku lebih senang pulang sendiri tanpa mahu menyusahkan sesiapa. Mungkin aku dah biasa begini.

                Aku memilih tempat duduk yang berhampiran dengan pintu supaya senang untuk aku keluar. Bunyi SMS masuk di telefonku. Aku segera membacanya.

                Pandai ko kutuk aku busuk ya. Nanti aku suruh baby poo-poo kat ko. Baru padan dengan muka. Rindunya dengan ko. Ada bawak mata biru dari sana tak?

Aku tersenyum-senyum membaca SMS dari Mastura. Ada saja ingin mengenakanku. Fikiranku melayang jauh kembali saat pertama kali Mastura memperkenalkan Aliff Azhan pada keluarganya. Hati Mastura benar-benar berdebar tatkala itu menunggu reaksi keluarganya tentang penerimaan mereka. Aku menyakinkannya yang keluarganya pasti dapat menerima Aliff dengan baik. Apatah lagi syarat-syarat yang ditetapkan oleh keluargnya memihak kepada Allif. Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan baik. Mereka menerima pilihan Mastura dengan hati yang terbuka.

No comments:

Post a Comment