Followers

Monday 8 October 2012

Page 10 : Andai Ku Bercinta Lagi

             Aku memberi satu bungkusan plastik yang berisi coklat dan sedikit souvenier dari Australia kepada Asyereen.
            ”Awak tolong bagi pada semua-semua staff kita kat luar. Ada coklat dan sedikit souvenier.”
            ”Terima kasih Cik Sofea. Ingat jugak kami di sini ya. Ada juga buah tangan untuk kami.” Kata Syereen dengan nada yang begitu gembira.
            ”I know my staff suka coklat. I do also,” balasku.
            ”Cik Sofea, tadi En Azlan pesan dia nak jumpa Cik pukul 2.00 petang nanti di meeting room.”
            ”Ok noted. Mesti nak bagi saya banyak kerjalah tu.” Aku menjawab dengan nada bergurau.
            ”Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu Cik Sofea. Banyak lagi kerja saya yang tak siap lagi ni.” Kata Asyereen meminta diri.
            ”Ok Syereen. You may go now. Kalau ada apa-apa, saya akan call dan saya yang akan pergi ke tempat awak. No need for you to come here. Saya kesian tengok mak buyung ni.” Sempat lagi aku mengusiknya.
           
            Telefon di mejaku berbunyi sebaik saja Asyereen melangkah keluar.
            Aku segera menjawab panggilan itu.”Hello, Sofea speaking.”
            ”Hi Sofea. How are you?”
            ”Hi En Azlan. Im fine. Thank you.” Jawabku pendek.
”Dapat message saya dari Asyereen tadi? I just want to remind you about our meeting this afternoon.”
”Baik boss. I will be ready.”
”Ok good. Bye.”

            Semenjak kepulanganku dari Australia, beban kerjaku makin bertambah. Tambah pula sejak Khairul berhenti, aku harus membuat dua kerja sekaligus. Aku hanya berdoa semoga aku cepat-cepat dapat pengganti Khairul sebelum Asyereen bersalin. Boleh dikatakan setiap pagi aku akan keluar awal dari biasa dan kadangkala pulang lewat sekali sekala. Aku prefer datang awal dari pulang lewat. Aku tidak mahu aktiviti riadahku terganggu jika aku pulang terlalu lewat. Nasiblah En Azlan agak memahamiku. Dia banyak memberi kebebasan dan flexibility kepadaku dalam urusan kerja.
            En Azlan banyak membantuku sejak akhir-akhir ini, mungkin dia juga takut aku akan lari tiba-tiba. Aku tidak mahu kebaikannya disalah erti oleh orang lain. Kerja tetap kerja, aku tak mahu dicampur aduk dengan hal peribadi.
            Kadangkala dia memerhati aku yang sedang tekun menyiapkan report di dalam bilik. Itu pun aku menyedarinya secara tidak sengaja. Kadang-kadang  dia menghubungi aku di site supaya menemaninya lunch atau tea break. Aku lebih senang mendiamkan diri ketika bersama dengannya, supaya dia menganggap aku ini seorang yang membosankan.
            ”Sofea, I will find the best to help you for our project in Nilai,” kata En Azlan sambil merenungku. Aku jadi janggal dan malu bila direnung sebegitu. Aku cuba melindungi perasaan gugup itu.
            ”Who is the best pun, bila lagi pengganti Khairul ni nak masuk? Dah lama saya tunggu ni En Azlan,” aku cuba bergurau untuk mengurangkan gemuruh dalam hatiku.
            ”He’s still on vacation,” jawab En Azlan dengan slamber. Mataku terus terbuka luas merenung bossku itu.
            ”He still on vacation? Wow!!! Suprised!!!He must be someone special.” Aku serkap jarang.
            En Azlan hanya tersenyum sambil berkata perlahan. ”Jangan jatuh hati pada dia sudah. Kesian dengan saya.” Dia segera berlalu meninggalkan aku yang terkebil-kebil kehairanan.
            Ayat itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Bukankah dia sudah ada someone special? Ahh, lelaki memang begitu. Bila jauh, mulalah hati berubah atau goyah. Persetankan semua itu. Lelaki kadangkala pandai mengangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan bila ada peluang.

No comments:

Post a Comment