Followers

Monday 8 October 2012

Page 7 : Andai Ku Bercinta Lagi

            ”Lepas ni aku nak rehat dulu. Tak pun tutup kilang terus. Letih beranak ramai ni. 4 ni pun dah cukup aku rasa,” luah Mastura padaku.
            ”Anak-anak tu kan rezeki. Tapi aku faham, nak mendidik anak-anak bukannya senang pada zaman sekarang.”
            ”Beranak tu nak kata senang tu tak lah jugak. Tapi lagi sakit nak membesarkan dan mendidik. Biarlah aku concentrate yang ni dulu. Aku tunggu nak timang anak kau pulak,” katanya sambil merenungku.
            ”Kalau tunggu aku, takut lama sangat pulak,” balasku dengan nada bergurau.
            ”Kau masih tunggu orang tu ke?”
            ”Aku tak tunggu dia. Tapi hati aku masih belum terbuka. Tolong faham perasaan aku, Mastura.”

 Hanya aku saja yang faham mengapa hingga kini aku masih bersendirian. Ketika aku di tahun akhir pengajianku, tiada apa lagi yang kufikirkan. Aku hanya ingin menamatkan pengajianku dengan keputusan yang cemerlang setelah apa yang terjadi kepadaku sebelum ini. Setelah tamat pengajian, tiada apa yang kuimpikan selain mempunyai kerjaya tetap untuk membantu keluargaku. Ketika teman-teman sedang sibuk membicarakan tentang perkahwinan, aku terpaksa melupakan segalanya.

Aku hanya ingin memberi kehidupan yang lebih baik untuk keluargaku. Itu janjiku pada diriku sendiri. Aku memadamkan perasaan cinta yang suatu ketika dahulu membara untuk insan yang bernama lelaki. Aku harus melupakannya sebagaimana dia mampu melupakanku. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat pekerjaanku yang pertama setelah tamat pengajianku. Aku hanya bermula di sebuah syarikat kecil. Namun aku berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan keluargaku.

Segala perasaan cintaku yang pernah membara, aku padamkan jauh di sudut hatiku. Aku tidak mampu untuk melakukan dua perkara dalam satu masa. Salah satu darinya harus kukorbankan. Dia akan kulupakan. Tambah pula pemergiaan arwah Abah di saat kami masih memerlukannya menyebabkan aku harus melupakan segalanya. Tanggungjawab pada keluarga itu lebih penting.

Setelah sembilan tahun, umurku jua telah mencecah 33 tahun, aku harus bersedia jika aku akan menerima title itu suatu masa kelak. Title yang bergelar andartu. Namun aku puas kerana aku dapat membahagiakan keluargaku. Sepanjang sembilan tahun setelah tamat pengajianku, bukan hatiku ini tidak pernah diketuk oleh mana-mana lelaki. Aku sendiri yang telah mengunci perasaan itu rapat-rapat. Sakit ketika dikecewakan masih lagi terasa. Benarlah kata orang, biarpun luka itu telah sembuh, namun parutnya tetap ada. Parut itulah yang akan sentiasa kita pandang dan membawa kita mengimbau kenangan lalu. Aku jua ingin membuktikan pada dia bahawa aku boleh berjaya pada hari ini tanpa bergantung dengan mana-mana lelaki dan aku bukannya anak-anak lagi.

”Lupakanlah dia. Selagi kau tak dapat lupakan dia. Kau akan terus macam ni,” nasihat Mastura lembut.
”Cukup-cukuplah kau jadi superwoman. You need a superman to accompany you. Mungkin dia dah happy dengan family dia sekarang. Aku tak nak kawan aku kesunyiaan. He is not the one for you.”
”Aku faham Mastura. Aku dah maafkan semuanya. Mungkin jodoh aku belum sampai lagi.”
Tengah leka berborak-borak, ibu Mastura menjemput aku makan tengah hari di situ. Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah dapat merasa makanan kampung setelah berbulan-bulan di oversea. Dah, jangan nak perasan sangat. Bukannya lama pun kau kat oversea tu.

No comments:

Post a Comment