Followers

Monday 8 October 2012

Page 9 : Andai Ku Bercinta Lagi

Part 3

            Tiada istilah Monday blues pada hari Isnin itu kerana aku masuk ke pejabat lebih awal dari biasa. Mungkin perasaan teruja atau masih dengan simpton jet lag menyebabkan aku bangun lebih awal.

            Tiada apa-apa yang berubah sepanjang pemergianku ke Australia. Bilikku tersusun kemas seperti biasa. Aku menarik bidai di tingkap untuk memerhati keadaan di sekeliling. Melihat keindahan matahari yang baru memancarkan diri, kereta yang masih bersimpang siur di atas jalan raya. Kadangkala kedengaran bunyi hon kenderaan. Maklumlah masing-masing berebut nak ke tempat kerja.
           
            Perut yang sudah berbunyi-bunyi menyedarkan aku dari lamunan. Selesai membuka komputer sambil menunggu email masuk, aku bergerak ke cafe di tingkat bawah.
           
            Aku menekan lif untuk turun ke bawah. Sebaik saja lif dibuka, aku bertembung dengan Asyereen, setiausahaku. Kandungannya kelihatan semakin membesar.

            ”Morning Cik Sofea. Welcome back. Long time no see.” Sapanya ramah sambil bersalaman.
            ”Morning Syereen.” Balasku sambil tersenyum. ” Mak buyung ade nak pesan ape-ape ke? Saya nak ke cafe ni.” Soalku lagi.
            ”Takpelah cik, saya dah bawak bekal. Pagi-pagi ni kurang sikit makanan kat cafe tu. Anyway thanks for your offer.” Aku hanya mengangguk dan segera menekan pintu lif.
           
            Ramai yang menyapaku ketika membeli makanan di cafe. Aku hanya menolak dengan baik pelawaan mereka untuk bersarapan di situ. Aku lebih selesa bersarapan di bilik. Lebih privacy. Nasi goreng kampung dan beberapa jenis kuih menjadi pilihanku. Selesai membungkus makanan, aku segera naik ke ofis. Perut ku semakin berdondang sayang minta diisi.
           
            Pastinya kerja ku melambak-lambak selepas ini. Melihat email yang berduyun-duyun masuk menyebabkan aku sedikit cuak. Just prepare myself to be busy. Good luck Sofea. Memandangkan aku dah ambil heavy breakfast untuk pagi ni, malas rasanya untuk aku keluar lagi pada waktu tengah hari nanti. Lagi pun mesti panas kan? Ahhh, perasannya kau Jah. Tak tahan dengan panas kunun. Aku mengutuk diri sendiri di dalam hati.

            Aku segera menyahut apabila terdengar ketukan di pintu. Asyereen, setiausahaku menolak pintu perlahan sambil membawa beberapa dokumen dan fail ke dalam bilikku.

            ”Cik Sofea, ni ada beberapa dokumen yang Cik kena sain. En Azlan yang bagi pada saya. He said, after you come back you have to sign all documents as usual.”
            ”Tak sempat nak berehat ya,” kataku sambil tersenyum padanya. Tanganku tangkas mengambil fail yang dibawa oleh Asyereen sebentar tadi.
            ”Kita dah tak cukup staff sekarang lepas Khairul resign.”
            ”Boleh saya tau kenapa dia suddenly resign?” Soalku dengan nada ingin tahu.
            ”Dari penjelasan dia hari tu, dia nak further study lagi. Nak ikut wife dia yang kebetulan buat Phd di oversea. Yang lain-lain tu saya tak taulah.”
            ”En Azlan dah buat few interviews untuk cari calon terbaik yang boleh gantikan tempat Khairul. Tapi masih belum finalize lagi. Mungkin dia tunggu Cik Sofea balik ke sini dulu.” Terang Asyereen dengan panjang lebar.
            Aku hanya mengangguk mendengar penerangan Asyereen itu. Setelah meneliti dan membaca dokumen yang perlu disain, aku segera menurunkan tanda tanganku di situ.

            ”Awak berapa lama lagi nak bersalin ni?” Mataku segera terarah pada perut Asyereen yang kelihatan sarat itu.
            ”Masih ada sebulan setengah lagi kalau ikut jangkaanlah.” Balasnya sambil mengusap perutnya.
            ”Boy or girl?” Soalku ringkas.
            ”Hopefully boy. We have waited for long.”
            ”Dah jumpa replacement sepanjang you maternity leave?”
            ”Sudah. Probably she will coming by mid of this month. Sempatlah saya train dia apa yang patut dulu sebelum I hand over my job to her.”

No comments:

Post a Comment