Followers

Thursday 4 October 2012

Page 5 : Andai Ku Bercinta Lagi

Selesai memasukkan baju di dalam mesin, aku menjengah peti ais. Melihat apa yang ada di dalamnya. Sepanjang 3 bulan pemergianku ke Melbourne, rumah ini dijaga elok oleh Laila. Thanks my friend, I owe you a lot.

                Selepas menyelongkar peti ais, aku melihat pula ke dalam kitchen kabinet. Santan segera, ikan bilis,kacang tanah, cili kering semua ada. Nampaknya semua bahan-bahan mencukupi. So, mari kita jalankan misi memasak. Aku mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak dari peti ais dan meletakkannya di atas meja Aku masuk ke bilik semula, mengemas katil yang berselerak. Selepas itu aku menyusun barang-barang dan souvenier yang kubawa pulang dari Australia. Senang untuk membahagi-bahagikannya kelak.

                Aku merenung jam di tepi katil, 5.45 pagi. Aku masuk ke bilik air, segera mandi dan terus menunaikan solat Subuh. Mataku jadi segar bugar walaupun aku tidur lewat malam tadi. Ni namanya jet lag. Malam ni mesti aku tidur awal. Usai solat aku segera turun ke bawah. First thing first, sidai pakaian yang baru di cuci tadi. Lepas semua dah settle, baru concentrate pada nasi lemak. Hiris bawang besar dan rebus cili untuk buat sambal tumis. Hiris bawang merah dan halia untuk rencah nasi lemak. Sambil-sambil tu rebus telur di dapur. Teringin punya pasal, aku sanggup bersilat memasak nasi lemak sendiri. Padahal lebih mudah kalau beli di luar.

                Lebih kurang pukul 7.30 pagi, semuanya telah terhidang di atas meja. Masih terlalu awal untuk mengejutkan Laila. Lagipun hari ni hujung minggu. Bagilah chance untuk Laila tidur lama sikit. Aku menikmati nasi lemak sambil menonton tv. Nak tahu juga berita terkini apa yang jadi di Malaysia sekarang.

                Cadangan  aku untuk melawat Mastura tengah hari nanti sambil membawa buah tangan untuk anak-anaknya.

                Aku terlelap di depan tv ketika Laila mengejutkan aku.
                ”Awalnya kau bangun? Siap masak nasi lemak lagi,” aju Laila yang sedang menjamah nasi lemak di depan tv.
                ”Aku tak boleh tidurlah pagi tadi. Jet lag!” Sahutku pendek.
                ”Sedap nasi lemak kau ni,” puji Laila.
                ”Kau kalau puji-puji aku ni mesti ada pape kan selalunya,”
                ”Kau, tak baik cakap macam tu. Aku puji ikhlas ni. Lagi pun dah lama tak rasa masakan kau. Aku sepanjang kau takde ni, memang malas sangat nak masak. Kalau masak pun makan sorang-sorang je. So buat ape.” Panjang rungutan si Laila.
                ”Dah, jangan nak monyok-monyok..Aku kan dah balik. Order jer ape kau nak. Aku boleh masakan,”
                ” I likeee!” Ringkas dan pantas balasan Laila.
                ”Takde jumpa si mata biru ke kat sana?” Soalnya tiba-tiba dengan muka yang begitu teruja.
                ”Hish, ko ni kan? Aku pergi pasal kerja la. Bukannya pergi vacation.”
                ”Ala, takkan lah pergi keje tak boleh nak main mata.” Sambungnya lagi sambil mencebik mulut sebaik saja melihat reaksiku.
                Aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh....pedasssssssssnya!!!!!!!!!
                Sepantas kilat kepala ku menoleh sebaik mendengar jeritan Laila.
                ” Tulah kau, nak bergosip tengah makan nasi lemak. Memang kepedasan la kau,” kataku sambil mentertawakannya.

                Mulut jer laser, tapi hati aku ni masih baik lagi. Aku bingkas bangun dan mengambil air di dapur.

                ”Lain kali kalau makan tu, sediakan air tau!” Kataku sambil menyuakan air padanya.
               
                Habis segelas air diteguknya. Mungkin kerana kepedasan atau terlalu dahaga.

                ”Ok, aku dah boleh sambung gosip balik ni,” balas Laila setelah lama menyepi akibat kepedasan.
                ”Cite lah beb. Aku nak dengar ni. Takkan takde mat saleh yang hensem-hensem kot?” Dia terus mendesakku untuk mengorek rahsia.
                ”Mestilah ada yang hensem-hensem kat sana. Tapi takkanlah aku pulak yang nak over. Agak-agaklah sikit. Kalau ikut hati aku ni, nak jer rasenya cari lelaki mat saleh. Aku dah give up dengan lelaki Melayu. Very dissapointed,” Suaraku yang mula-mula bersemangat terus berubah menjadi mendatar.
                ”Laila, kau dah habis makan kan? Jom kita pergi tengok barang kau dalam beg aku,” aku memesong ke arah lain sebelum Laila menyoalku kembali.
                ” Jom!!!” Sahut Laila dengan nada gembira.

                Aku membelikan Laila sehelai T-Shirt I Love Aussy, fridge magnet, keychain dan coklat Nougat yang menjadi kegemarannya. Laila benar-benar teruja menerima souvenier dariku. Benda free siapa yang tak nak kan?

No comments:

Post a Comment