Followers

Thursday 4 October 2012

Page 4 : Andai Ku Bercinta Lagi

Cyberjaya/Putrajaya.

Rupanya aku dah sampai ke Stesel ERL Putrajaya. Ya-Allah, lamanya aku mengelamun. Sampai tak perasan tren dah bergerak. Nasib baik tak terlepas ke KL Sentral. Kalau terlepas kan susah nak patah balik. Sudah-sudahlah tu mengelamun Phia. Kalau orang yang kau berangan tu muncul depan mata kau oklah jugak.

Kelihatan kelibat housemateku Laila sedang menunggu di dalam kereta. Dia yang menjemputku di Stesen ERL Putrajaya.
”Beb, kenapa lambat? Ada masalah ke?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulutnya.
”Takde papelah. Everything is ok. Maaflah aku terlambat tadi, banyak iklan pulak.” Balasku.
Aku ingin cepat-cepat sampai di rumah. Tak sabarnya nak mandi. Melekit rasanya badanku. Otak aku pun dah letih berfikir. I need a rest, a very good rest.
”By the way, welcome home my dear. Sunyi aku kau takde kat rumah ni,”
” I miss my home too..” Kataku sambil merenung Laila.
Mungkin kerana aku keletihan,  aku lebih banyak mendiamkan diri di dalam kereta sambil melayan mataku yang semakin layu dan mulutku yang menguap tak henti-henti.

Tepat pukul 12 malam, aku selamat tiba di rumahku. Home Sweet Home.
                ”Ko rehatlah dulu, esok baru kita borak-borak ye. Nak dengar jugak gossip terbaru.” Kata Laila sebelum kami beredar ke bilik masing-masing.
                ”Aku tak nak bukak beg aku lagi malam ni. Aku tak tau apa yang aku isi sampai kembung macam tu.”
                ” Yang aku tau, aku nak souvenier dari ko. Yang lain tu kalau takde pun tak pe...” Tambah si Laila lagi.
                ”Ewah-ewah..Coklat ko tak nak? Kalau betul ko tak nak, aku boleh bagi pada orang lain.” Aku sempat mengusik Laila lagi.
                Sebelum dia sempat menjawab, aku cepat-cepat ingin melarikan diri ke bilikku.
                ”Aku nak mandi, nak cuci rambut then nak tidur atas bantal empuk aku ni.” Kataku sambil menguap dari tadi.
                ”Aku tuntut coklat aku esok ye. Good night dear. Have a sweet dream.” Aku tahu Laila juga penat menungguku tadi. Dia yang selalu tidur awal dalam rumah ni berbanding aku.

                Mata aku terpejam sebaik saja kepala ku di atas bantal. Alangkah enaknya tidur tanpa perlu memakai pakaian yang tebal dan berstoking bagai. Aku masih lagi jet lag memandangkan perubahan waktu di Malaysia yang lewat beberapa jam dari Australia. Biological clock ditubuhku masih mengikut peredaran waktu di Australia.

                Aku terjaga tepat pukul 5 pagi keesokannya. Mataku terbuka luas dan terkebil-kebil memandang siling. Aku cuba bergolek ke kanan dan kiri, cuba memujuk mata untuk pejam lebih lama. Mungkin bila beralih arah, aku dapat tidur semula. Its already  9 am in Australia, but its too early in Malaysia. Cubaanku gagal. Aku masih tidak mahu meninggalkan tilam empuk ini. Akhirnya aku bangun dan duduk sambil kakiku masih di dalam comforter.

                Otakku mula memproses apa yang patut kulakukan pada pagi-pagi begini. Aku lantas bangun dan tanganku mula memunggah beg-beg besar. Segera mengeluarkan pakaian-pakaian kotor dan mengangkutnya ke bilik air. Maka proses mendobi pun bermula.

No comments:

Post a Comment