Followers

Thursday 4 October 2012

Page 3 : Andai Ku Bercinta Lagi

Kami selalu berkongsi cerita. Tapi kisahku tidak berakhir seperti dia. Jodoh setiap orang berbeza dan sudah ditentukan sejak di Loh Mahfuz lagi. Cepat atau lambat, itu semua rahsia Allah. Dia lah yang menentukan segalanya.

                Aku terkenang saat pertama memperkenalkan Carl Ifhan pada keluargaku. Dia kelihatan begitu mesra. Akulah insan paling bahagia saat itu. Kusangka dialah yang terakhir dalam hidupku. Namun panas yang kusangka bukanlah sampai ke petang.

                Benar sangkaanku, dua tahun kemudian, Mastura akhirnya bergelar isteri, sedangkan aku baru mula menapak di alam kerjaya. Di hari Mastura diijabkabulkan, air mataku juga turut menitis. Sejak itu terpisahlah dunia gila-gila aku dan Mastura. Dunia kami telah berbeza. Suatu ketika dahulu, kami telah berangan-angan untuk melangsungkan perkahwinan kami dalam masa terdekat. Namun Tuhan telah mengaturkan segalanya. Aku terpaksa menerima bahawa jodoh Mastura datang lebih awal.

                Di hari perkahwinannya, Mastura memakai baju kurung berwarna putih. Ayu sungguh dia pada hari itu. Biarpun hanya solekan tipis yang mewarnai wajahnya, sudah cukup menyerlahkan kecantikan asli anak mami ini. Dengan sekali lafaz, Mastura telah sah menjadi milik Aliff Azhan. Mastura menyeka air matanya yang mengalir sambil berbisik padaku, ”I will wait for you. Semoga perkahwinan ini membawa keberkatan pada kau juga nanti.”

                Aku tidak dapat lama ketika majlis persandingan mereka kerana aku dipanggil untuk bertugas semula. Di saat itu, aku mula merasakan kehilangan sahabatku yang paling sejati. Persahabatan yang telah mencecah belasan tahun. Aku menangis sepanjang perjalanan pulang. Aku harus menerima hakikat ini. Ketika itu juga hatiku berbisik, di manakah kau Ifhan di saat ini? Kenapa kau meninggalkan aku?

                Setahun kemudian, Mastura telah menimang cahaya matanya yang pertama. Aku turut tumpang gembira sekali lagi melihat anaknya. Aku telah menganggap anaknya itu seperti anakku sendiri.
Seperti biasa, Mastura akan menyoal soalan yang sama padaku.
 “Kau ni bila lagi nak bawak balik calon? Tengok, aku dah keluar sorang.”
“Dah sampai masa nanti, aku mesti bagi tau,” aku hanya memberi janji-janji kosong sedangkan aku sendiri tidak mempunyai calon.
“Cinta tak perlukan masa, satu saat sudah mencukupi,” sambungku lagi namun untuk melupakannya seumur hidup. Sambungannya itu kulafazkan didalam hati. Tidak kusuarakan secara zahirnya.
“Baguslah kalau macam tu, janganlah kau terlalu menyeksakan diri. Biarkan yang sudah berlaku, berlalu dan pergi dari hidup kita. Life must go on.”
Mastura dan aku saling berpelukan. Kukesat air mataku yang hampir menitis. Sesungguhnya kaulah temanku yang paling rapat.
“ Akan ku tunggu berita gembira itu, ” bisiknya sekali lagi.

No comments:

Post a Comment