Followers

Monday 8 October 2012

Page 8 : Andai Ku Bercinta Lagi

Dari siang hingga ke malam aku bertandang ke rumah Mastura. Segan rasanya duduk lama-lama di rumah orang, tambah-tambah orang yang tengah berpantang biarpun itu kawan baikku sendiri. Tapi apabila mengenangkan kesukaran untuk kami berjumpa, aku cuba buat-buat tak kisah untuk tinggal lebih lama di situ.

Kerana mataku yang semakin kuyu, aku segera meminta izin untuk pulang. Mastura berbisik padaku, ”Aku doakan semoga kau dapat jodoh yang baik-baik dan anak-anak yang ramai seperti aku.”
”InsyaALLAH,” sahutku seraya kami berpelukan.
”Datanglah sini bila kau ada masa lapang. Tapi aku tau, kau memang superwoman. Mana ada masa sangat kan?” Sambung Mastura lagi.
Aku mencium bayinya yang masih ralit tidur kerana kekenyangan selepas menyusu sebentar tadi.
”Jangan nakal-nakal ya baby. Tak sabar nak tunggu baby besar.” Aku rasa sedikit kekok mengendong bayi yang masih lembut ini. Aku takut aku tersilap langkah mungkin boleh menyebabkan kecederaan padanya.

Usai bersalaman dengan ahli keluarga Mastura, aku pun bermohon diri dan beredar dari situ. Sampai saja di rumah, aku hanya mencari bantal untuk melelapkan mata ku yang seolah-olah digam. Nasiblah aku sudah menunaikan solat Isyak ketika di rumah Mastura tadi.

Keesokannya aku hanya berada di rumah. Malas mahu ke mana-mana. Lagi best dapat peluk bantal. Aku hanya ingin menghabiskan masaku dengan berehat sepuas-puasnyanya di rumah sebelum masuk semula ke pejabat.

No comments:

Post a Comment